Arkib untuk Januari, 2010

Jangan dijolok sarang tabuan,

Kelak disengat merana badan.

Daulat Tuanku baginda Sultan,

Jangan sesekali dipertikaikan.

Tanpa daulat Tuanku Sultan,

Melayu hilang ketuanan.

p/s : Saya selaku rakyat Darul Takzim yang bernaung di bawah kesultanan Johor dengan ini menyelar sekeras-kerasnya perbuatan dan penulisan blogger Aduka Taruna di atas penghinaan si durjana ini terhadap Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Al-Fatihah untuk roh Almarhum.

Advertisements

Memilih

Posted: Januari 20, 2010 in Aku, Pandangan, Pemilihan, UPM

Mahu memilih bukannya mudah dan tanpa kita sedari hidup ini sentiasa berhadapan dengan pelbagai pilihan. Maka, haruslah kita memilih dengan penuh bijaksana setelah mempertimbangkan segala baik buruk setiap pilihan. Kita perlu memilih kerana kita tidak boleh memilih untuk tidak memilih.

“Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”

(al-Hujarat : 12)

.

.

.

.

.

Masa Depan

Posted: Januari 4, 2010 in Aku, Dia, Doa, Kawan, Perasaan, Peribadi, Terima kasih

Kita punya hak untuk menentukan masa depan sendiri. Kita juga punya hak untuk menentukan kebahagiaan sendiri. Masa silam bukan untuk kita kesali sebaliknya ia merupakan satu daripada episod kehidupan yang telah kita lalui. Ianya adalah untuk dipelajari. Usah risau kawan. Kau masih punya ruang dan peluang untuk memperbaiki kelemahan dan kekhilafan diri. Seharusnya kau ucap terima kasih kepada Dia kerana telah menegur bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan kehidupan yang sedang engkau jalani. Aku? Usah ragu lagi. Aku setia disisimu untuk menemani. Aku janji!

Apapun masa silam kamu, aku tetap terima dan harapan aku agar kamu juga bisa menerima aku seadanya.