Arkib untuk Mac, 2010

Hemah

Posted: Mac 23, 2010 in Aku, Bengang

Manalah perginya hemah sesetengah pemandu-pemandu di Malaysia ini. Tahulah kamu itu memandu kereta mewah, Toyota Wish misalnya namun janganlah dipandang enteng nyawa penunggang motosikal seperti aku ini. Petang tadi sewaktu perjalanan pulang dari mengajar aku hampir-hampir kemalangan jalan raya apabila dihimpit seorang pemandu gila. Entah apa yang dikejar seolah-olah sedang memecut di atas lebuh raya. Ironinya jalan itu begitu hampir dengan lampu isyarat. Sudahlah datang dari belakang dengan laju, kemudian hon aku banyak kali. Bila sudah hampir dengan lampu isyarat boleh pula mencilok hingga menyebabkan aku hampir terjatuh di jalan yang sibuk. Memang kurang ajar pemandu itu. Mujur aku penunggang yang cekap. Pesanan aku, kalau kalian sedang memandu kereta, hatta kereta mewah, Toyota Wish misalnya, ingat-ingatlah penunggang motosikal disekeliling anda yang nyawanya berisiko tujuh kali ganda untuk mengalami kemalangan jalan raya.

Dilema

Posted: Mac 9, 2010 in Dia, Nasihat, Perasaan

Berat beban yang kau tanggung mungkin tidak dapat aku rasa sebagaimana yang engkau rasa tetapi izinkan aku untuk berkongsi kesukaran dan dilema yang engkau  sedang lalui. Mungkin tidak banyak yang mampu aku bantu namun aku tidak sanggup melihat kau dalam kesukaran sedang aku hanya diam membatu. Tolong. Izinkan aku bersamamu. Sekurang-kurang sebagai teman untuk kau luahkan segala kesulitan. Dapat aku rasa kesukaran yang sedang kau lalui walau hanya mengikutinya dari ruang maya. Moga kau tabah menghadapi semua ini. Aku panjatkan doa.