Jalan Aji

Posted: Julai 21, 2010 in Aku, Cuti, Dia, Segamat

Di daerah Segamat ini ada satu tempat yang agak terkenal. Jalan Aji namanya. Di belakang Dataran Segamat. Di sini ada sebaris lapan belas buah gerai bumiputera yang menyimpan seribu satu macam cerita. Oh ya, bagi kaum wanita (dan lelaki juga) yang pernah membeli kain di Jakel Trading, di Jalan Aji inilah mulanya syarikat tekstil terkenal itu mula membina empayar perniagaannya.

Saya telah berkeliaran di sini sejak kecil lagi dan mula membantu pakcik saya berniaga di gerai bumiputera ini semenjak selepas SPM lagi. Ya, dikedai menjual dan membaikio alat tibang dan sukat yang satu-satunya ada di Segamat ini. Mula beroperasi sejak tahun 1984. Sehinggalah setiap kali cuti semester semasa pengajian dulu, kalau mahu mencari saya, carilah di Jalan Aji dan kalian pasti jumpa saya. Dan saya pada saat menulis entri ini sedang berada di Jalan Aji.

Saya suka berada di sini kerana terlalu banyak kerenah manusia yang boleh diperhati dan dipelajari di sini. Dahulu ada seorang lelaki sakit jiwa bergelandangan di sekitar jalan ini. Bila dia singgah di kedai-kedai, dia akan minta ‘seposyen’ (sepuluh sen) dan saya selalu mengenakan dia. Saya kata tiada sepuluh sen, cuma ada dua puluh sen dan kemudian dia akan terus berlalu pergi dan singgah di kedai-kedai lain untuk meminta ‘seposyen’. Kini dia sudah tiada lagi. Khabarnya sudah meninggal dunia dilanggar kereta. Innalillahi wa Inna Ilaihi Raji’un. Kemudian datang pula beberepa orang lagi gelandangan jalanan seperti encik seposyen. Ada yang pakai seluar pendek tanpa baju dan bertopi kuning buruh kontrak yang suka berkawad. Ada lelaki kusut masai yang bila datang meminta duit atas alasan sebagai zakat kepadanya dan akan memberikan ‘ceramah’ kalau kita tidak melayannya (saya pernah terkena.. Alahai…).

Di sini juga ada seorang mak cik yang begitu gigih mengayuh basikal di tengah panas sekitar jam 2.30 petang untuk menjual kuih setiap hari. Yang pasti, walau apapun kuih yang dijualnya, pasti dia akan jerit kuih itu sedap dan panas. Kalau karipap yang dijual, maka jeritannya berbunyi “Karipap sedappp cikkkk… karipap sedapppp… Paaanasss.. paaanasssss”. Dan aku adalah antara pelanggan tetap mak cik itu.

Menjelang musim-musim perayaan pula, tak kiralah Hari Raya atau Tahun Baru Cina atau Deepavali atau Krismas, pasti kawasan ini akan meriah dengan promosi jualan murah kain Jakel. Yang hairannya, orang Melayu saja yang berpusu-pusu membeli kain walau sempena apapun jualan itu.

Paling istimewa, di sini saya mengenali seseorang yang kini begitu akrab dengan saya pada hari ini. Itu kisah dua tahun dahulu. Biar saya simpan saja dan tak perlu rasanya saya kisahkan di sini.

Advertisements
Komen-komen
  1. June berkata:

    saya berlahir in segamat, tinggal di Jln Tengku ahmad. Tapi saya dgn keluarga pindah dari segamat ke negeri lain pd tahun 1992. Sejak tu tak pernah balik. Tetapi saya memang rindu makanan sana. Bolek tak dapat tahu sama ada Jln Aji masih ada warung-warung makanan pada waktu malam. Dulu jalan itu akan melarang kereta lalu bila sampai waktu 7pm. Lagi dulu di Jln Aji ada satu warung yang jual karipap pada waktu petang, dekat stadium bola keranjang. Masih ada tak warung itu?
    june : sekarang warung sudah tiada,sebab sudah ada wisma jakel yang besar..jual karipap mungkin sekarang yang di depan pejabat pos…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s