Archive for the ‘Makan-makan’ Category

Burger

Posted: Mac 16, 2012 in Aku, Makan-makan, Melayu, Perkongsian

Berilah saya burger KFC atau McDonalds yang harganya berbelas-belas ringgit itu, selera saya tetap pada burger ala Melayu. Daging burger digoreng di atas kuali leper; ditambah perasa Maggi, sedikit serbuk kari, serbuk lada hitam dan dicurah sedikit air bawang. Kemudian dimakan bersama salad, bawang dan timun, ditambah sos cili, sos lada hitam dan mayonis. Cukup menyelerakan.Mahu yang special? Minta tambah telur dan keju. Rumit betul untuk membuatnya kalau dibandingkan burger ala Mat Salleh yang simple. Cuma, kalau makan janganlah kerap sangat, kurang bagus.

Mungkin memang dah menjadi suatu trademark yang menjual burger ini biasanya orang Melayu. Puas saya saya perhati, tapi masih belum jumpa orang Cina atau India menjual burger. Mungkin ada, cuma saya saja yang belum terjumpa. Walaupun biasanya secara kecil-kecilan, saya percaya kerja menjual burger pasti mendatangkan keuntungan. Kalau sedap, pasti ramai yang mencari. Dan sedikt yang saya nak kongsi, burger maut sepupu saya di Melaka. Rasanya memang sedap ditambah tarikan skill  ‘api naik kuali’nya. Sudah terkenal sekitar Melaka. Kalau ke Melaka singgah-singgah la ya. Letaknya di Semabok, berhadapan Hotel Semabok Inn.

Imej

Imej

Imej

Imej

Imej

Imej

Oh ya. Ada juga murid saya yang berniaga burger ini. Boleh tahan rasanya. Selalu juga saya melepak di gerainya. Letak gerainya di hadapan SJKC Pai Tek, Nibong Tebal. Semoga abang-abang burger (atau adik-adik) akan terus maju dalam perniagaan.

Advertisements

Choki Choki

Posted: Januari 9, 2009 in Aku, Makan-makan, Mereng

dsc00956

Entah kenapa semenjak dua menjak tiga menjak ni aku suka makan choki-choki. Seperti menjadi kelaziman untuk aku mengeluarkan seringgit sehari untuk membeli sepeket coklat kegemaran ramai ini (Iya ke?). Walaupun nampak seperti keanak-anakan, aku tak kisah. Yang penting aku memang suka makan choki choki sejak dari kecil lagi. Tapi dulu satu baru seposen, sekarang dah dua posen. Alahai… Kenapa la minyak turun harga tapi choki choki naik harga? Kata Nabil Raja Lawak, Lu pikir la sendiri, hahahaha…

p/s : Ada sesiapa nak belanja aku choki choki, hehehe… Hidup choki choki untuk semua…

FAKTA

Penyelidik mendapati coklat adalah sumber sejenis bahan anti pengoksidan cetechin yang serupa dengan teh. Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan doktor Belanda mendapati coklat itu sebenarnya adalah bahan perasa asli seperti teh mengandungi kompaun yang mampu melindungi kimia dalam tubuh daripada membinasakan sel-sel kita. Kebaikan coklat pula ialah sebagai bahan anti pengoksidan yang berkesan. Kandungan anti pengoksidan tersebut dalam coklat adalah empat kali ganda banyaknya berbanding kandungannya di dalam teh.

Jom Jalan-Jalan

Posted: Julai 13, 2008 in Aku, Jalan-jalan, Makan-makan, Perkongsian

Rasanya lama sudah aku tidak menulis di dalam ruang ini. Jadi hari ini aku ingin menulis sedikit bingkisan untuk dikongsi bersama kalian. Malam semalam aku diajak oleh seorang rakan pergi jalan-jalan cari makan. Destinasi yang dituju ialah Restoran Sate RK di Jelatek. Katanya restoran tersebut agak terkenal dengan satenya. Sampai sahaja di tempat yang dituju, kami memesan sate dan nasi ayam. Berselera sungguh aku lihat rakan aku menjamu selera. Tapi apa yang menarik perhatian aku ialah dekorasi dalaman restoran tersebut yang mengunakan tema rumah kampung. Boleh dikatakan apa yang biasanya ada di dalam sebuah rumah kampung ada disitu. Daripada tempayan, tingkap kayu, basikal tua hinggalah almari (orang Johor panggil robok) menyimpan makanan. Malangnya semua gambar-gambar yang diambil masih pada kawan aku, jadi tak dapat untuk aku masukkan sekali di dalam entri ini. Yang ada hanya beberapa keping gambar juadah yang menjadi santapan, hahahaha…

SATE AYAM DAN DAGING YANG MENJADI MANGSA

SEBELUM

SELEPAS

Usai menjamu selera, kami bergerak ke downtown Cheras. Hajat dihati mencari baju yang Adam (bagi yang tak tahu siapa Adam, rujuk entri sebelum ini) minta aku tolong belikan namun setelah puas mencari, apa yang dicari tidak aku jumpa. Sudahnya aku membeli lampu aromaterapi dengan aroma lavender untuk dipasang di bilik. Kata orang haruman lavender boleh mengurang stres, jadi harap-harap selepas ini aku dan teman sebilik tidak stres-stres lagi, hahaha…

LAMPU AROMATERAPI DENGAN HARUMAN LAVENDER. WANGI…

p/s: Tak dapat mahu berjalan lama-lama kerana kekangan masa. Maklumlah, terpaksa pulang ke kolej kediaman sebelum jam 12 malam. Tak mengapa. Lain masa boleh jalan lagi.