Antara Dua

Aku kini dalam dilema

Dihadapanku terbentang dua lorong

Kiri dan kanan

 Aku terpinga-pinga kebingungan tak tahu arah tujuan

Saat ini aku perlu membuat pilihan

Oh tidak, bukan perlu tapi aku mesti membuat pilihan

Samada kiri atau kanan

 Tapi bagaimana dapat aku membuat pilihan

Sedangkan aku sendiri tidak tahu

Apa yang bakal aku temui dihujung setiap lorong

Mungkin aku akan bahagia setelah aku melalui lorong kanan

Atau mungkin aku akan merana dipenghujungnya.

Mungkin aku akan bertemu kegembiraan dipenghujung lorong kiri

Atau mungkin aku akan dilanda kekecewaan akhirnya

 Mana mungkin aku dapat meneka apa yang akan aku temui

Sedangkan aku kini masih dipangkal keduanya

Dan kerana itu

Aku perlu memilih satu antara dua

Lorong kiri atau kanan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s