Bila jadi ketua, tunjukkan contoh yang baik. Bila suruh orang bawah buat kerja pastikan sama-sama bekerja dengan mereka. Bukan kerja kamu mereka buat. Jadi, jari tengah untuk kamu.
p/s : Saya marah pun bersopan kan?hahaha
Bila jadi ketua, tunjukkan contoh yang baik. Bila suruh orang bawah buat kerja pastikan sama-sama bekerja dengan mereka. Bukan kerja kamu mereka buat. Jadi, jari tengah untuk kamu.
p/s : Saya marah pun bersopan kan?hahaha
Cuti seminggu sudah berakhir. Maka tugas-tugas di sekolah pasti banyak yang sedia menanti. Satu-demi satu menunggu untuk diselesaikan. Moga segalanya dipermudah. Butir-butir semangat saya kutip satu demi satu agar amanah yang terandal dibahu dapat disempurnakan dengan jaya. Bukan mahu tunjuk hebat. Saya cuma cuba untuk jadi hebat kerana saya tahu saya belum lagi jadi orang yang hebat. Rabbi Yassir wa La Tuassir.
Sungguh. Hidup ini sentiasa mahukan kita membuat keputusan. Keputusan yang perlu dibuat dari hadirnya pilihan atau ketentuan. Keputusan yang kadang-kadang mengelirukan. Keputusan yang menuntut kesediaan yang sebenar-benarnya untuk menanggung kesan dan akibatnya. Kadang-kadang dalam membuat keputusan akan menyebabkan perasaan dan fikiran menjadi bingung. Saya mohon dari-Nya agar tidak salah membuat keputusan. Kerana ia mungkin mengubah hidup saya seluruhnya.
Berilah saya burger KFC atau McDonalds yang harganya berbelas-belas ringgit itu, selera saya tetap pada burger ala Melayu. Daging burger digoreng di atas kuali leper; ditambah perasa Maggi, sedikit serbuk kari, serbuk lada hitam dan dicurah sedikit air bawang. Kemudian dimakan bersama salad, bawang dan timun, ditambah sos cili, sos lada hitam dan mayonis. Cukup menyelerakan.Mahu yang special? Minta tambah telur dan keju. Rumit betul untuk membuatnya kalau dibandingkan burger ala Mat Salleh yang simple. Cuma, kalau makan janganlah kerap sangat, kurang bagus.
Mungkin memang dah menjadi suatu trademark yang menjual burger ini biasanya orang Melayu. Puas saya saya perhati, tapi masih belum jumpa orang Cina atau India menjual burger. Mungkin ada, cuma saya saja yang belum terjumpa. Walaupun biasanya secara kecil-kecilan, saya percaya kerja menjual burger pasti mendatangkan keuntungan. Kalau sedap, pasti ramai yang mencari. Dan sedikt yang saya nak kongsi, burger maut sepupu saya di Melaka. Rasanya memang sedap ditambah tarikan skill ‘api naik kuali’nya. Sudah terkenal sekitar Melaka. Kalau ke Melaka singgah-singgah la ya. Letaknya di Semabok, berhadapan Hotel Semabok Inn.
Oh ya. Ada juga murid saya yang berniaga burger ini. Boleh tahan rasanya. Selalu juga saya melepak di gerainya. Letak gerainya di hadapan SJKC Pai Tek, Nibong Tebal. Semoga abang-abang burger (atau adik-adik) akan terus maju dalam perniagaan.
Lama saya renung skrin komputer riba. Lama juga saya mengacah-acah jari untuk mula menaip. Merenung skrin dan mengacah-acah jari kerana cuba mengingat kata laluan blog ini sebenarnya. Hampir lupa kerana sudah lebih setengah tahun tidak menjengah laman ini rupanya. Moga-moga ini bukan kali terakhir saya menulis di siniuntuk tahun ini.
Saya mula mengenal laman ini semasa dilanda pelbagai masalah suatu ketika dulu. Lalu saya jadikan tempat ini sebagai medium mencurah rasa. Hari ini saya mula merasakan saya kembali memerlukan ruang ini. Ya, itu sikap biasa seorang manusia biasa termasuk saya. Mencari bila perlu, tinggalkan bila senang dengan yang lain.